Surau Nur Hidayah


Halaman Pemberitahuan Terkini


Halaman Pemberitahuan Terkini ini memaparkan maklumat sebaran terkini bagi Surau Nur Hidayah Taman Sunway Batu Caves.

Karnival Agensi Islam Selangor 2026
26-06-2026 12:00






Program Khas Kuliah & Kenduri Perdana
20-06-2026 11:00


Assalamualaikum Dato' Seri/Datin Seri/Dato'/Datuk/Datin/Hj/Hjh/Tuan²/Puan²..

 Salam Maal Hijrah 1448H .

1.  Bersempena Sambutan Maal Hijrah 1448H, JK Pengurusan  Surau Nur Hidayah TSBC akan 
menganjurkan Program Khas Kuliah & Kenduri Perdana pada 20 Jun 26 (Sabtu) 

2.  Tentatif Program :
a.  19 dan 20 Jun 26 - Acara Rewang bagi persiapan Kenduri & Kuliah Perdana (bermula petang Jumaat & pagi Sabtu).
b.  20 Jun jam 11am - Kuliah Perdana (spt yg diiklankan).
c.  Jam 12.30 t/hari - Kenduri Perdana.
d.  Solat Zohor.
e.  Kenduri Perdana diteruskan sehingga jam 2.30pm.

3.  Menu :
a.  Sarapan pagi disediakan khas utk grup rewang. 
b.  Kenduri Perdana - Nasi gulai kawah, ayam masak merah, daging berlengas & sup tulang.
c.  SNH SBC akan menyediakan jamuan utk anggaran 300 orang.
d.  Kariah yg berhasrat utk membawa @ menaja kueh @ buah²an @ minuman tambahan amat dialu-alukan.

4.  Jom Kariah SBC kita ramai² mengimarahkan program murni surau kita kali ini sempena Maal Hijrah 1448H dengan tekad & azam baru utk berhijrah ke arah yg lebih baik & diredhai Allah SWT disamping mengeratkan lagi ukhuwah antara kita Kariah SBC.

#  JK Pengurusan SNH SBC ingin merakamkan JUTAAN TERIMA KASIH khas kepada Pak Husin Felda Lepar (pemilik lembu tempat surau beli lembu korban) yg dengan ikhlas memberikan sumbangan seekor lembu utk Program Kenduri Perdana.
#  Juga JUTAAN TERIMA KASIH kpd Wan Seven dan isteri Pn Mimie atas kesudian utk menaja Ayam Masak Merah sebagai menu tambahan program kita.
#  Semoga Allah SWT memberkati Tuan² sekeluarga.

Kami yg berusaha menjalankan AMANAH. Terima Kasih & Salam Ikhlas dari:

 Pengerusi dan JK Pengurusan SNH SBC 2026/2029




Pencarian Bakat Qari & Qariah
11-06-2026 16:25




Aturcara Majlis Sambutan Aidil Adha 1447H
27-05-2026 07:45




Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri 1447H
04-04-2026 17:30


JEMPUTAN KE MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SURAU JUMAAT NUR HIDAYAH SBC 
 
‎بسم الله الرحمن الرحيم
‎السلام عليكم ورحمة الله و بركاته

 Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Batin 

Dengan penuh kesyukuran kami;

 PENGERUSI & SAF JK PENGURUSAN SURAU NUR HIDAYAH SBC 

Dengan segala hormatnya mempersilakan YBhg Dato' Seri/ Datin Seri/Dato'/ Datuk/Datin/Hj/Hjh/Tuan/Puan dan keluarga ke Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri SNH SBC seperti berikut :- 
                      
Tarikh  :  4 April 2026 (Sabtu) 
Masa  : 5.30pm  - 10pm 
Menu: Macam² ada termasuk Kambing Golek. 
===============
Kami juga mengalu-alukan penaja jamuan dari kalangan Kariah SBC jika ada yg berhasrat (mohon berurusan dgn AJK SNH).

Semoga dengan kehadiran semua Kariah SBC & keluarga akan dapat menyerikan lagi majlis ini & dimasa yg sama akan dapat 
memperkukuhkan lagi ukhuwah antara kita. Insya Allah. Terima kasih. Allahumma aminn.

Ikhlas Menjemput: 
 Pengerusi & JK Pengurusan SNH SBC




Program Buka Puasa Perdana
14-03-2026 16:35


MAKLUMAN PROGRAM BERBUKA PUASA PERDANA 1447H 🕌

SABTU 24 Ramadan 1447H
14 Mac 2026

AGENDA MAJLIS

4.35pm : Solat Asar
5.30pm : Program Khatam Al Quran Surau Nur Hidayah
7.00pm : Ketibaan Tetamu Jemputan
7.27pm : Berbuka Puasa dan Solat Maghrib
8.36pm : Solat Isyak & Solat Tarawih
10.00pm : Jamuan Moreh
10.30pm : Majlis bersurai

Semua ahli kariah dijemput hadir




Qiamullail - Ust Yusuf Kemboja
14-03-2026 04:15




Qiamullail - Ust Aiman Ridhwan
13-03-2026 04:15




Ceramah Nuzul Quran
07-03-2026 17:00




Program Nuzul Quran Surau Nur Hidayah
07-03-2026 16:30




TAWARAN MENJADI GURU KAFA DI DAERAH GOMBAK
20-02-2026 08:00


TARIKH TEMUDUGA : 20.2.2026
*Tertakluk pada pindaan
HARI : JUMAAT
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT TEMUDUGA : UNIT PENDIDIKAN ISLAM PAID GOMBAK


Tawaran dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Guru KAFA di Daerah Gombak 

1. Muat turun Borang Permohonan Menjadi Guru KAFA. Cetak dan isi borang tersebut. Sila Klik Pautan dibawah

(SYARAT PERMOHONAN) 
https://drive.google.com/file/d/1xzoobH6Y679vdWxuDmbDyxjPwgOZuaAP/view?usp=sharing

(BORANG) 
https://drive.google.com/file/d/194XM9HsEhY1AWUwD9AkWlZr_ZESxAi-G/view?usp=sharing

2. Mengisi Google Form di pautan di bawah pada atau sebelum 19/2/2026 (KHAMIS) SEBELUM JAM 5.00 PETANG
https://forms.gle/SMHHfq9SZhELHnjJ8

Sekian. Wasalam

Unit Pendidikan Islam
Pejabat Agama Islam Daerah Gombak




Program Gotong Royong Surau Nur Hidayah SBC
15-02-2026 08:30





Jika ada sebarang masalah, sila hubungi admin sistem melalui capaian WhatsApp di nota kaki yang ada pada setiap halaman.







Hubungi Admin Surau Nur Hidayah WhatsApp untuk sebarang pertanyaan.